Assalamualaikum Wbt Warga Alam Maya & Happy Weekend

Assalamualaikum Wbt Warga Alam Maya & Happy Weekend

Assalamualaikum WBT warga alam maya & Happy Weekend

Hari ni admin nak belanja teknik penyemaian biji benih sayuran hijau…
yelah, biji benih LECKAT RM4/1 dah sampai kan… promo jelah skali kan!!
=================================================
Salah & Silap harap diperbetulkan. Admin pon budak baru belajar… hehehe…

1) Rendamkan biji benih di dalam bekas berisi air untuk melembutkan selaput biji benih bagi memudahkan proses percambahan. Sebaiknya campur chitosan untuk hasil yang bebas penyakit.

2) Sediakan dulang semaian (tray semaian) bersama dengan media petmoss sedalam separuh dari lubang tray tersebut. Peatmoss diperbuat daripada lumut kering yang banyak dihasilkan di Negara Belanda/Holland

3) Buat lubang pada peatmoss tersebut, cukup sebesar jari telunjuk dan tidak perlu terlalu dalam.
4) Seterusnya, masukkan biji benih ke dalam lubang tadi, kambus, siram dan siap!!

P/S: Untuk proses percambahan, benih memerlukan lembapan yang tinggi, jadi janganlah letak tray semaian tu bawah matahari terus ya. Bagi redup, lembap, nak lagi baik tutup dengan surat khabar basah dan plastik hitam.

Semoga bermanfaat 😉😊


About Us

  • Formeniaga

    FORMENIAGA has been operating since 2009. Our core operations consist of Agri4me, Pets4me and Print4me. Our frontline people are supported by a highly committed individual to deliver the best service to our customers.