Apa Itu Nft?

Apa Itu Nft?

Apa itu NFT?

NFT adalah singkatan kepada Nutrient Film Technique di mana ia merupakan satu inovasi dari sistem hidroponik sedia ada.
Anda biasa dengar tentang hidroponik kan?

Berbeza dengan hidroponik, NFT menggunakan pam untuk memastikan nutrien di dalam air sentiasa mengalir. Rekabentuk NFT kebiasaannya bertingkat, jadi pam digunakan supaya air yang mengadungi baja akan mengalir kepada semua pokok.

Hidroponik biasanya menggunakan bekas yang besar, disebabkan air tidak mengalir dan hanya bertakung pada satu bekas sahaja. Film dalam NFT merujuk kepada salur kecil, biasanya paip, dan disebabkan itu air yang digunakan hendaklah sentiasa mengalir, tetapi bukan tenggelam sepenuhnya. Salur kecil atau paip ini bertujuan untuk memastikan bahagian atas tanaman sentiasa kering dan mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Tanaman apakah yang sesuai untuk sistem NFT ini?
Untuk memudahkan penanam, sayuran berdaun adalah pilihan yang tepat untuk sistem NFT ini. Sawi, bayam, kangkung, salad, sering menjadi pilihan kerana tanaman jenis ini tidak memerlukan sokongan tambahan dan juga cepat untuk mengeluarkan hasil.

Sistem NFT ini sangat menguntungkan dan menjimatkan kerana sistem ini tidak memerlukan tanah sebagai medium tanaman, dan juga mudah dijaga.

Ramai yang sudah menukar cara hidup ke arah yang lebih sihat, dan inginkan makanan yang berkualiti. Jadi tanam sendiri sayuran anda supaya anda yakin dengan apa yang anda makan.

Berminat ?
Kami formeniaga ada menyediakan pakej NFT untuk 13pokok dan juga 110pokok .
WAZE : "Formeniaga"
Whatsapp : www.wasap.my/0178838445

#formeniaga


About Us

  • Formeniaga

    FORMENIAGA has been operating since 2009. Our core operations consist of Agri4me, Pets4me and Print4me. Our frontline people are supported by a highly committed individual to deliver the best service to our customers.