Perkongsian Santai Petang ..

Perkongsian Santai Petang ..

PERKONGSIAN SANTAI PETANG ..
Jom kita baca kelebihan menggunakan Epsom salt (MAGNESIUM SULPHATE) pada tanaman :

1- Meningkatkan peratusan percambahan biji benih
> Kandungan magnesium membantu dalam menguatkan dinding sel biji benih sedari awal proses percambahan.

2- Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yang diperlukan oleh akar pokok (nitrogen fosforus dan sulfur)
> Campuran epsom salt pada tanah akan membantu untuk meningkatkan proses penyerapan nutrien oleh akar.

3- Mencegah daun kerinting
> Masalah daun kerinting selalunya terjadi disebabkan oleh kekurangan magnesium pada tanah. Kebiasaannya berlaku kepada tanaman tomato dan cili. Dengan mencampurkan sedikit epsom salt, masalah daun kerinting dapat dikurangkan.

4- Melebatkan bunga dan buah
> Untuk pokok yang berbuah atau tanaman berbunga, epsom salt boleh ditaburkan pada tanaman untuk melebatkan bunga dan juga menjadikan rasa buah lebih manis. Saiz bungan juga dapat ditingkatkan menjadi lebih besar dan lebat.

5- Menguatkan pokok
> Penggunaan epsom salt ini dapat membantu meningkatkan daya tahan pokok yakni dengan menguatkan rintangan pada penyakit dan juga serangan perosak tanaman.

Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, Mgs ataupun epsom salt ini sering menjadi pilihan bagi penanam tidak kira secara komersil ataupun secara kecil-kecilan. Tidak terhad kepada penanam pokok sayuran, tetapi juga penanam pokok bunga-bungaan juga sering menggunakan Epsom salt ini.

SEKIAN SAHAJA PERKONGSIAN KAMI PADA PETANG INI . Terima kasih.

#Formeniaga


About Us

  • Formeniaga

    FORMENIAGA has been operating since 2009. Our core operations consist of Agri4me, Pets4me and Print4me. Our frontline people are supported by a highly committed individual to deliver the best service to our customers.