Salam Sabtu Semuanya. Perkongsian Hari Ini Adalah Berkenaan

Salam Sabtu Semuanya. Perkongsian Hari Ini Adalah Berkenaan

Salam Sabtu semuanya. Perkongsian hari ini adalah berkenaan molasses.

Apa itu MOLASSES?
=================
Molasses merupakan produk sampingan daripada proses penghasilan gula dan banyak digunakan dalam industri pertanian dan penternakan. Terdapat beberapa jenis molasses yang berbeza berdasarkan warna, bentuk, kepekatan, dan rasa.

Molasses dari tebu mengandugi 25% hingga 40% sukrosa, 3% kandungan protein dan trace elements sekitar 8% - 10% (K, Ca dan garam sulfat).

Terdapat banyak kegunaan molasses ini, diantaranya adalah:
===================================
-Digunakan sebagai silaj makanan ternakan
> Penggunaan molasses dalam silaj makanan ternakan dapat meningkatkan nafsu makan haiwan disebabkan oleh rasa manis molasses itu sendiri. Dan dalam masa yang sama, disebabkan kandungan gula yang tinggi, molasses menjadi salah satu sumber tenaga untuk haiwan ternakan.

-Digunakan bersama EM(microbs baik) dalam mempertingkatkan kesuburan tanah
> Penggunaan molasses bersama EM sering menjadi pilihan petani kerana molasses dapat meningkatkan aktiviti mikrob (sumber makanan kepada mikrobe). Mikrobe yang diaktifkan dengan molasses akan bertindak membantutkan pembiakan bakteria jahat dan dalam masa yang sama meningkat populasi bakteria baik, yang mana mampu untuk meningkatkan kesuburan tanah. Penggunaan EM dan molasses juga boleh dijadikan sebagai air baja siraman kepada tanaman untuk membekalkan nutrient tambahan kepada tanaman.

-Digunakan bersama baja foliar seperti rumpai dan kompos teh untuk mempertingkatkan kesuburan tanaman.
> Molasses juga boleh dicampurkan bersama dengan baja foliar (semburan) yang mana dapat membantu untuk meningkat kesuburan tanaman.

Sedikit perkongsian pada kali ini dan semoga kita semua mendapat manfaatnya.

DAN.. Semestinya kami pun ada menjualnya .
HARGA :
1Liter - Rm5
4Liter Rm15
25Liter Rm60

Berminat Boleh Pm kami di 0178838445
Ataupun boleh beli walk in di kedai kami Seri Kembangan.


About Us

  • Formeniaga

    FORMENIAGA has been operating since 2009. Our core operations consist of Agri4me, Pets4me and Print4me. Our frontline people are supported by a highly committed individual to deliver the best service to our customers.